Friday, March 30, 2012

pengalaman diganggu.

Assalamualaikum.

semalam lepas habis kelas dekat kl,jalan kaki dengan acap sampai pasar seni sebab nak naik bas balik shah alam. pagi jumaat tu ada kelas. so tunggu lah bas dalam 15 minit camtu,last2 bas pon datang. tak ramai yang naik malam tu,ye lah dah pukul 10 lebih kan?

al kisahnya,ada beberapa orang lelaki naik tapi yang pasti dari gaya dan percakapan,i am definitely sure they are not locals. sorang duduk betol2 depan seat saya,which is sebelah seorang perempuan ayu berbaju kurung. lagi 3 orang duduk dekat seat paling belakang. dari awal lelaki ni naik lagi saya dah rasa semacam dah. tengok pelik je dia ni. kira dia lah paling pelik antara mereka berempat tu. well,maybe lagi 3orang pon pelik tapi saya tak nampak sebab duduk belakang kita kan.

cara dia duduk membelakangkan perempuan berbaju kurung tadi,pastu sikit2 pusing belakang konon2 nak berborak dengan kawan dia yang duduk belakang tu. anyway,kalau betol nak borak ape salahnya duduk sekali belakang kan? yang pergi duduk sebelah perempuan tu kenapa? i smells something fishy here.

dah lah dia duduk macam serba tak kena,pastu dia rapatkan diri dengan perempuan tu kononnya nak ajak berbual. tapi perempuan tu pakai earphone kot,mana dengar ape2. and if dia dengar pon,i am sure dia takkan layan lelaki tu. lepas beberapa kali cuba untuk berbual tapi tak diendah,lelaki tu cuba buat perkara lain pulak.

dia mula duduk rapat2 dengan perempuan berbaju kurung tu,saya yang duduk betol2 belakang dia memang nampak lah yang dia betol2 tak selesa. pastu bila tak dilayan,saya rasa macam tangan lelaki tu nak pegang peha dia ke ape,camtu lah. dia ingat perempuan tu nak bagi ke dia buat camtu? jangan harap.

perempuan tu teros bangun dan cakap "excuse me!!!" dengan kuat dan tegas,pastu teros bangun pergi dekat driver bas. rasanya satu bas tersentap dengar dia cakap camtu. including me. ingatkan dia nak report lah dekat driver bas,tapi tak. dia duduk dekat dengan driver je. rasanya dia pon malas nak panjangkan isu kot.

respek habis lah dengan perempuan tu,dia tak takut langsung nak pertahankan diri. eh kalau kena dekat diri sendiri pon,blurr jugak lah react camne. nasib baik semalam balik dengan kawan. takot jugak sebab that guy pon turun dekat shah alam.

so from my observation,what should you have or should do when it comes to this situation;
---> pepper spray. a must have in your bag. paling tak pon,yang kecik size keychain tu pon dah okay.
---> earphone. boleh buat2 dengar music kalau taknak orang ganggu. yang ni pon Hanis Zalikha pon pernah cakap dalam one of her entry.
---> always be aware with your surroundings. jangan leka. keep your eyes open.
---> don't be afraid to speak out. defend your rights.
---> report to the necessary authorities.




p/s; so far alhamdulillah never experienced this kind of situation. mintak2 djauhkan.




Wednesday, March 28, 2012

Sabah Trip part 4

Assalamualaikum.

hari keempat di Sabah. hari terakhir. eh rasa macam taknak balik semenanjung pulak rasanya. pagi2 dalam pukul 4 pagi kawan2 plan nak pegi tengok sunrise dekat Signal Hill,tapi malangnya some of us (including me) rasa penat sangat dan sakit2 badan. so tak ikot lah dieorang pegi tengok matahari terbit dan pegi pasar.

so end up bangun dalam pukul 8 pagi. dah cukup tido,rasa lega. mood pon baik. kawan2 yang keluar dari pagi pon dah balik. so siap2 packing sume,heading to UiTM Sabah. oh kitaorang dapat sewa mini van untuk 1 hari,senang sikit nak berjalan kan. haa ape kes datang jauh2 pegi UiTM? pergi jumpa kawan,adi yang ada kelas pagi tu. sambil tu ronda2 lah dalam UiTM,sambil cuci mata. besar kemain kampus ni. berbukit-bukit,kalah Shah Alam.

tujuan jumpa adi ni sebab wani nak simpan ikan2 yang dia beli untuk bawak balik semenanjung. flight kitaorang pukul 8 malam,takkan berjalan nak bawak ikan kan? jadi untuk tidak melengahkan masa,kami berpecah kepada dua kumpulan. separuh ikot pegi rumah adi,separuh tunggu dekat kedai makan area UiTM. bukan apa,kitaorang kejar masa. adi ada kelas balik pastu. nak patah balik semua takes time kan?

cuba teka saya team yang mana satu?
jawapan; saya team yang tunggu dekat kedai makan.

sementara menunggu tu,makan lunch dulu. Nasi Ayam. lupa lah nama kedai dia apa. tapi serious sedap. tak tipu. pehhhh sup dia,betol2 rasa sup ayam. bukan macam biasa makan rasa sup kosong je. so makan,lepak,borak2 selama 2 jam.

cara mengisi masa lapang 2 jam.

masa tu patutnya kitaorang da balik apartment untuk check out,tapi memandangkan nak travel pegi rumah adi pon ambil masa,so yang team pergi umah adi tu pegi check out and angkut barang kitaorang. bila dah sampai sana,baru sedar yang kunci bilik dekat nad,which is with me. which is yang tengah lepak dekat kedai makan dekat UiTM. haa boleh bayangkan tak situasi dia macamana?

dah pukul 2 petang. shooping sourvenirs pon belum buat lagi. jadi,kitaorang tunggu iki datang pukul 2 lebih,pick us up pastu straight balik apartment. bagi balik kunci,checkout pastu baru boleh lega hati sikit.

next,pegi Pasar Kraftangan. masa untuk beli cenderahati. pening jugak nak beli ape,masa kitaorang pon tak banyak. semua rush kan.pusing punya pusing i end up buying some shirts,bracelets for friends and some food. merata2 cari Teh Sabah,sebab ada orang kirim. tanya punya tanya,semua kata takda jual dekat situ. paling dekat pon dekat Warisan Kompleks. mana ada masa nak masuk shopping complex time tu.

kali terakhir nak tanya orang. pasni kalau dia jawab takda jugak,dah putus asa dan nak cari Teh Sabah.


"kak,dekat sini kan,mana ada jual Teh Sabah ?"
"oh ada je,seberang jalan tu ada banyak kedai. murah lagi."

phewww~!  mission accomplised! dah beli sourvenirs dan barang2 yang dikirim. check purse. cuba teka ada berapa tinggal? RM10~!! itu pon semua RM1 sepuluh keping.

depan Pasar Kraftangan.

ini lah dia yang accident tu. yang bertongkat tu lah.

dah pukul 5 petang masa tu. time to rush again. pergi balik rumah adi,ambil ikan2 yang simpan dekat rumah dia. dah lah dengan traffic jam orang balik kerja masa tu. serious takot lambat sampai airport.

end up sampai airport pukul 7. lega habis. so check in semua,say babai to adi and tunggu boarding time. flight rupa2 pukul 8.20malam,delayed 20 minutes. dalam flight rasa lapar. ingatkan diri sendiri yang kena nasib tinggal seringgit sepuluh keping dalam purse,rupa2 yang lain pon lebih kurang sama je. hahaha.

 muka penat tapi masih excited.

bila dah bosan menunggu.

selamat sampai LCCT pukul 11malam. what a journey! walaupon sepanjang 4 hari 3 malam dekat Sabah macam2 jadi,but we managed to overcome it pastu semua nak happy gelak ketawa je. takde stress ape. best sangat perasaan masa tu.


...the end...


p/s; dah sampai semenanjung,back to reality.  next trip? just wait and see. eh,it's rhymes pulak~

Tuesday, March 20, 2012

Sabah Trip part 3

Assalamualaikum.

.....malam tu,dapat berita yang tak berapa baik sikit. 2 orang kawan accident motor somewhere in Sabah. sebenarnya,yang 2 orang ni nak join trip ni last minit so diaorang datang Sabah awal sehari dari kitaorang and we decide nak jumpa dekat Sabah je nanti. alkisahnya,diaorang sewa motor untuk jalan-jalan tapi masa tu jalan boleh tahan gelap,tak berapa nampak ada small roundabout (yang dipanggil roundabout hanya kerana ada satu pasu bunga yang memisahkan simpang2),ntah macamana jatuh motor. bahagian depan motor tu total loss jugak lah. nasib ada orang kampung yang tolong.sorang luka-luka,sorang tu teruk sikit lah kena bertongkat. so,tak dapat lah yang 2 orang jejaka ni join kitaorang esok....

Day 3: 21 February 2012

masuk hari ketiga berada di Sabah. bangun seawal 6 pagi,punyalah letih rasa macam nak sambung je tido tapi tak boleh nak ikutkan hati sangat. kalau nak datang Sabah untuk tido,baik tak payah kan? okay,bangun mandi siap-siap. sempat jugak masak nasi goreng tau. tapi masak dalam rice cooker je lah. pastu keluar apartment dalam pukul 8 pagi. pagi tu kitaorang dah kena pulangkan van yang dah disewa 2 hari.

heading straight ke Jesselton Point,nak pergi island hopping. jumpa dulu Charles,tukang bagi sewa van. he is a nice guy though. serious tak tipu. dia tolong arrangekan ticket,which island to go,what activities should we do,boat carter and semualah yang berkaitan island hopping. kononnya kitaorang ni semua student lagi (which in fact it is 90% true.2,3 orang je dah kerja.) so dapat lah murah sikit. thank you Charles! (harap2 betol lah nama dia) we decided nak ambik boat carter sebab kitaorang ada 8 orang,so lagi best ambik boat untuk kitaorang je. privacy sikit. chewah! so boat carter RM30/person ,parasailing RM95/person, snorkelling goggles and life jacket RM15/person, jetty fee RM7/person = RM147. ada yang nak try banana boat,tambah lagi RM60/person.

boleh pulak tiba-tiba hujan renyai-renyai. alaaa ni yang tak berapa syok ni. hopefully sampai pulau tak hujan dah. first island,Pulau Manukan. boat ride? paling scary yang pernah naik! haa kan hujan kan ,ombak dah lah kuat. pastu driver boat boleh bawak laju pulak. lagi nampak ombak lagi dia speed. tau tak rasa sakit kena hentak banyak kali camne? Indescribable~! dah fikir banyak kali dah,kalau camni lah boat ride serious dah taknak pegi dah island hopping. nekad!

sampai je Pulau Manukan,still hujan renyai-renyai. berapa kali pindah tempat sebab taknak makanan dan baju basah. breakfast sikit then snorkelling. kena pergi ke tengah laut sikit kalau nak nampak batu karang dan ikan yang lawa-lawa. bagi yang first time nak snorkelling seperti saya ni,kemain cuak nak pergi tengah laut. ada life jacket pon still rasa takut. dah lah ombak kuat tu yang buat tambah cuak. sekejap je lah pergi then main dekat gigi air je. macam kanak-kanak. hikhik.


 sampai sudah di Pulau Manukan.

 belum masuk laut lagi dah basah. basah main hujan!

lawa kan view dia?

dalam pukul 2 camtu,boat datang pastu gerak ke Pulau Sapi. sebelum sampai Pulau Sapi,dapat buat parasailing dulu. nasib cuaca dah okay,boleh lah buat. tapi bagi yang sape-sape nak buat banana boat tu,tak dapat buat sebab cuaca tak berapa okay. seronok sangat! serious. saya yang gayat ni pon bila dapat parasailing ni macam pehh pehhh!  nak buat lagi sekali boleh tak?


 parasailing wohoooo~!

next,Pulau Sapi. pulau ni kecik je pastu tak berapa ramai orang macam dekat Pulau Manukan. sambung snorkelling. corals dengan ikan dekat sini lagi lawa2. pastu ombak tak berapa kuat macam dekat Pulau Manukan. berani lah sikit saya nak pergi jauh,janji life jacket sentiasa ada. accidently tersepak corals which buat buku lali luka dalam sikit. dalam pukul 5 dah kena gerak balik ke jetty. tengah nak kemas2 nak balik,boleh pulak ternampak babi hutan. besar kemain!

jetty Pulau Sapi.

sampai balik Jesselton Point dalam pukul 6 petang. lepak-lepak kejap sementara tunggu sunset. masa kitaorang nak ambik gambar berlatarbelakangkan sunset,ada omputih couple ni kemain excited tengok kitaorang. pastu nak tolong ambik gambar. so okay lah kan,takpe kita bagi can.

"awhh you guys look great! maybe i'll take another picture,just in case. awhhh awesome! perfect!!"

kitaorang dah cam woahhh mesti lawa gambar yang dia ambik ni. last2 tengok,hmm ape nak tengoknya,gelap and blurry. haihh sabar jelah.

lucky us. dapat tengok rainbow full.

disebabkan dah takde van sewa,so kitaorang jalan kaki dari Jesselton Point sampai lah ke Promenade Apartment. dalam 20 minit camtu lah. but we take our own sweet time. nampak tempat best untuk ambil gambar,stop kejap. dah puas bergambar then baru sambung perjalanan.

 awesome grafitti!

cover album geng van putih yang terbaru. dapatkan di pasaran sekarang!

naik bilik kejap untuk letak barang lepas tu turun bawah untuk makan malam. masa tu,baru sedar yang card bilik kitaorang hilang! cari punya cari tak jumpa. call office,mintak tolong bukakkan pintu. maybe we left it inside the room. which is not. memang hilang betul. kemungkinan terjatuh masa naik van pagi tadi lah kot. nak taknak kena bayar extra RM30.

dah settle semua,baru boleh fikir pasal makan balik. malam tu dah taknak dinner dekat Pasar Filipina,pergi makan Mcd je. nasib baik lah bawah apartment tu Mcd,tak payah pergi jauh-jauh.



....to be continued...



p/s: dah nak habis dah cerita nya pon. tunggu lagi satu entry okay?

Wednesday, March 14, 2012

Sabah Trip part 2


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Day 2: 20 February 2012

bangun pagi seawal 4.30. kemain sejuk malam tu liat betul nak bangun. tapi disebabkan dah rasa adrenalin nak mula buat aktiviti so bangun lah cepat2,mandi2 then siap2 keluar dalam 5.45 pagi.. hari tu hari isnin,hari bekerja dan bersekolah. kitaorang je sibuk2 nak jenjalan dekat Sabah ni. hihi. punya lah jem pagi tu. dengan kereta laju2nya. ditambah pulak dengan kabus tebal masa nak naik ke National Park tu. pehhhh boleh tahan lah cuaknya.
masa ni,sebelah kitaorang ni ada band k-pop wannabe. kemain pasang lagu kuat2 dari kereta,sambil  nyanyi joget2.

lama jugak lah perjalanan pegi Kinabalu National Park ni.bayaran masuk rm3/person. dalam pukul 9 baru sampai. park kereta semua then start jalan sikit2 sampai lah masuk ke trail. sejuknya kemain! masing2 pulak pakai baju nipis2 kononnya nanti senang lah kering peluh nak jungle trekking,tapi pagi tu Sabah hujan renyai2. cakap pon keluar asap. bbrrrrrr~

our starting point.

masuk dekat Silau-Silau Trail. trail yang kitaorang guna tu boleh tahan best lah,ada sungai,laluan air. boleh tahan mencabar sebab kitaorang semua kan first time masuk dekat situ,kemain adventure hanya berpandukan pada sign yang ada dalam hutan tu. tapi ada jugak jumpa sign yang patah,so masing2 gunakan kata hati je nak ikot laluan mana.

 gagah kan acap tolak pokok dari tumbang kena kitaorang? 

 kalau sign yang camni,korang nak ikot arah mana eh?

habis dah jungle trekking.

keluar je dari trail dalam pukul 11 lebih,hujan balik. nasib baik masa jungle trekking tak hujan. so cepat2 lah pegi dekat van,perut masing2 dah lapar dah ni. tak tau main tembus je dekat mana,alih2 dah nampak jalan. haha. nasib tanya ade orang lalu dekat laluan mana yang boleh sampai dekat tempat parking kereta.

jalan punya jalan,last2 nampak van kitaorang. phewwww~!
"iki,cepat lah bukak van ni. lapar ni!"
iki cuba tekan remote nak bukak van tak boleh.
"ahh sudah. apesal ni? battery remote habis ke ape?"
try bukak pintu secara manual. iki try start enjin. dipusing kunci ke kanan. takde bunyi. cabut dan pusing balik,again takda bunyi enjin nak start.

oh oooohhhhhhhhh~!
van tak boleh start! ahh sudah dah lah dekat area National Park ni,mana ada kedai bengkel ke ape dekat atas ni. masing2 dah start panik tapi masih berlagak cool.

hujan masih renyai2. masing2 dah kesejukan dan kelaparan. nasib lah bawak bekalan roti dengan tuna sebelum naik tadi. so makan lah dengan lahapnya sambil duduk dekat boot belakang van tengok hujan.

sementara tu,acap cuba call penyewa kereta,dia cakap nanti ada kawan dia datang tenggokkan van. phewww! lega sikit dengar. tungu punya tunggu,mata dah kuyu. haaa lelap mata kejap lah.

dalam 40 minit camtu,baru ada orang datang rescue. (wahh kemain pakai ayat rescue!)
tung tangg tung tangg! orang tu repair. tengok sipi2 mata je lah sebab mengantok.
"haaa battery van ni dah mati. lemah sebelum naik lagi ni. saya dah betulkan,jadi jangan matikan enjin sekurang-kurangnya untuk 4 jam okay?"


next,heading to Kg Luati Baru,Ranau. ada fish spa ikan kelah dekat situ. punyalah jauh perjalanan nak sampai sana,last2 tempat tu tutup. katanya,air sungai naik.banjir. kecewa kami disitu. excited kemain mula2 sebab tengok dekat internet ikan kelah besar2 jadi fish spa tapi nak buat camne,takde rezeki.

menghabiskan masa.

 pemandangan yang awesome dibelakang kami kan?

kami lah geng van putih.

takpe,sambung lagi perjalanan. next stop,Desa Cattle Farm. bayaran masuk rm3/person. student rm2/person. nasib bawak student card,dapat lah jimat seringgit.  haaa kitaorang sebenarnya jauh2 datang ni nak pegi ladang lembu je pon. hahaha. tapi ni bukan sebarang ladang lembu. kalau2 nak rasa macam dekat New Zealand,datang lah tempat ni. borak2,lepak2 sambil minum susu. best!

 Desa Cattle Farm!

haa nampak tak lembu2 dekat belakang tu?

paling tak suka minum susu. tapi saya admit,susu ni sedap sangat!!

konon2 scene macam depan rumah berhantu wuuuuu~

dalam pukul 6 lebih baru turun balik ke KK. pehhh cuaca dah makin gelap,dengan nak turun kabus tebal lagi. tawakal betul masing2. dalam pukul 8 lebih baru sampai KK. perut dah berkeroncong habis,ye lah whole day meal kitaorang hanya roti dengan tuna kot. jadi singgah dulu pasar Filipina,makan dekat situ. menu lebih kurang sama macam malam semalam. dah datang Sabah kan,mesti lah nak makan makanan laut je. ikan kerapu,rumpai laut dengan ikan umai,nasi kosong. bayar sorang rm10,air teh o ais limau rm2.50.

lepas dah kenyang,balik apartment. haa dah lepas mandi tu lah nak rasa sakit kaki,sakit pinggang bagai. ye lah,dah lama gila tak buat outdoor activities. last buat pon masa dekat sekolah dulu. hihi.

total expenses for the day;
===>rm3 jungle trekking,rm2 desa cattle farm, rm10 makan,rm2.50 air = rm17.50



...to be continued...



P/s: lambat gila nak tunggu habis kan? sabar ye. busy sikit!

Tuesday, March 6, 2012

Sabah Trip part 1

Assalamualaikum dan selamat petang! :)

dah 2 minggu lebih berlalu tapi holiday mood masih menebal dalam diri. rasanya sampai dah nak dekat2 final exam baru hilang mood ni kot. :p

exactly a year ago,me and my friends kebetulan masa tu baru habis class. so pegi lah minum2 dekat pelita nasi kandar. tengah2 borak,ada sorang cakap;
"eh ape kate kita plan trip ramai2 nak?" masa tu,orang tak berapa nak ambik port sangat lah,sebab tau ape2 pon mesti tak boleh join punya. tapi curi2 dengar lah jugak kan. "haa try lah tengok2 kot2 Air Asia ada buat promotion ke kan." kawan yang ada Blackberry pon try online,cari apa2 yang patut. "eh,tambang pegi Sabah macam murah je ni,kita pegi Sabah nak?" aikk.. bunyi cam best je ni.
kebetulan masa tu Air Asia buat promotion tambang pergi balik Sabah hanya RM63 termasuk tax. masa tu semua orang dah betol2 semangat nak plan. tapi orang je tak sure nak ikut ke tak. takut parents tak bagi. but i just try my luck.

called my parents,nak mintak kebenaran.*dupdapdupdap* tak mengharap sangat dapat pergi,sebab macam boleh tau jawapan apa.

"mummy,kawan2 orang ajak join trip pergi Sabah tahun depan,kalau book sekarang dapat harga murah. boleh tak ma?"

"haaa Sabah? berapa sangat yang murah tu? hm.. tanya daddy lah."
cakap dengan daddy pulak.
"daddy,can i go to Sabah next year? *yada yada explains other details too.* promise guna duit sendiri nak pergi. can i daddy? pleasseee~"
moment of silence.
"oh okay then. go ahead. plan lah betul2,jangan tiba2 tak jadi pulak."

like seriously? haaa punya lah tak nak letak harapan sebab rasa takkan dapat green light bacause this is my first time ever nak berjalan jauh2 dengan kawan,senang je dah dapat permission. bestnyaaa! :D

so from February 2011 - February 2012,been saving for this trip. gigih tak? :p

Day 1: 19 February 2012
the night before,stay overnight rumah kawan dekat Putrajaya. senang sikit esok pagi tu nak pergi LCCT. flight pukul 8 pagi. tapi biasalah lah,bila overnight rumah kawan yang dah lama tak jumpa,bukan tido pon malam tu. bercerita,sambil teman dia packing. end up tido pukul 4.30 pagi,bangun pukul 5.15pagi. haa memang rasa macam zombie. so jumpa yang lain dekat LCCT,pukul 6.30 pagi. yang pergi semuanya 8 orang. check in semua then boarding to Sabah. sampai Sabah pukul 11pagi. haa tunggu pulak kawan yang memang duduk Sabah (Adi) dengan van yang kitaorang awal2 dah booked untuk sewa 2 hari. agree to pay RM150/person untuk sewa dan minyak. nasib ada yang biasa bawak kenderaan yang besar,so senang lah sikit kan?

lepas settle semua pasal kereta sewa,Adi bawak pergi Pantai Tanjung Aru. lawa jugak pemandangan dia. disebabkan masing-masing dah lapar so lunch lah dulu. dekat situ ada tempat ala-ala foodcourt tapi tak banyak yang bukak. maybe malam baru banyak kot.

this is exactly what i've ordered. nasi goreng kampung + ice lemon tea = RM8.50

haa mula-mula memang tak percaya tapi memang betol nasi goreng kampung tu berlaukkan ikan bilis dengan telur sahaja dah RM6, ice lemon tea RM2.50. wehh first day dah kena camni kot. totally not worth it. semua masa tu mula lah rindukan makanan mamak. lagi murah.

takpe,be positive. sini je kot yang mahal. *ayat nak sedapkan hati*

lepas dah makan,planning nak pergi Sungai Kibunut dengan Kiansom waterfall tapi last minute tak menjadi. so end up pusing-pusing Kota Kinabalu dulu. next,pergi Sutera Harbour. pemandangan yang sangat menarik,nak nak kalau nak tengok matahari terbenam. tapi memandangkan dah pukul 2petang masa tu,so pegi check in apartment dulu. Apartment Promenade dekat tengah2 town,menghadap waterfront. haa yang ni kitaorang dah pre-book tahun lepas jugak. so dapat lah RM90/person for 4 days 3 nights.

dalam pukul 5 lebih gerak pergi Sutera Harbour balik. nak tengok matahari terbenam. masa tu boleh tahan ramai jugak yang lepak2 situ,ye lah hari minggu kan?

masa ni tengah ready nak amik gambar sekali ombak kuat. so masing2 basah sikit lah kena percikan air laut.

sunset dekat Sutera Harbour.

yang ni pulak dekat tempat kapal belayar dekat kawasan Sutera Harbpur jugak.

lepas tu pergi pulak pasar Filipina untuk makan malam. kawasan tu memang besar,ada tempat kraftangan,gerai2 makan,pasar basah pon ada. berderet-deret gerai makan,tak tau nak pilih yang mana.
bila dah jumpa tempat,separuh jaga tempat yang lain cari makanan. saya? haruslah yang pergi mencari makanan ;)

ikan kerapu, ikan pari, rumpai laut dengan ikan umai. sapa yang nak tambah nasi order nasi. kalau taknak,ratah lauk je. share2 so bayar rm9/sorang. ada jugak order chicken wing. nampak mengancam!

RM9 + nasi putih RM 1.50 +chicken wing RM3 untuk 2 keping + teh o ais limau RM2.50 = RM16.

next destinantion singgah rumah Adi kejap dia nak amik barang. tak ingat lah pulak nama kawasan dia,tapi dekat dengan airport lah. paling suka tangga rumah dia. masih mengekalkan ciri2 tradisioanl gitu. haha. lupa nak ambik gambar tapi sampai sekarang boleh terbayang rupa dia camne. ;)

Total expenses so far (excluding flight fees and pre booked apartment) =
==> RM150+RM8.50+RM16 = RM174.50


.....to be continued...



P/s; panjang betol entry kali ni. baru first day. hahaha. janji akan cepat2 update ;)